Rahsia Meledakkan Jualan Produk Sehingga 200 Peratus!

Ramai IM menghabiskan banyak masa, tenaga dan wang ringgit untuk memasarkan produk mereka tetapi hasilnya amat menghampakan. Kos pemasaran semakin meningkat tetapi jualan produk sukar dihasilkan dan sampai ke satu tahap tiada satu produk pun berjaya dijual.

 

Mengapa jadi begitu?

Sebenarnya antara sebab kegagalan Usahawan Internet menjual produk mereka kerana:-

#1 Tidak dikenali

Tiada siapa yang akan terus membeli produk dari seseorang yang tak pernah mereka kenali, apatah lagi dalam bisnes internet segala urusan dilakukan tanpa bersua muka. Sekurang-kurangnya ia mengambil masa untuk memastikan penjual tersebut boleh dipercayai.

#2 Tiada Kreadibiliti

Dalam bisnes internet segala urusan dilakukan tanpa bersua muka dan bercakap secara lisan. Di dalam keadaan ini sikap curiga dan was-was dikalangan pembeli adalah tinggi. Salah satu cara untuk mengatasi rasa was-was dan curiga mereka adalah dengan memiliki kreadibiliti yang baik sebagai usahawan internet. Tanpa kreadibiliti yang baik, tahap kepercayaan pelanggan terhadap anda tersangat rendah walaupun anda seorang yang paling jujur di dunia ini. Ini disebabkan tidak ada rekod atau sokongan yang membuktikan anda adalah seorang usahawan internet yang jujur.

#3 Tiada pelanggan atau pengikut sendiri.

Sememangnya di dalam bisnes online, kita berpotensi untuk mendapatkan pelangan yang besar sehingga ke seluruh dunia. Tetapi jika kita tak mempunyai pelanggan atau pengikut kita sendiri agak sukar untuk mereka membeli produk kita kerana mereka tak mengenali kita.

 

Jadi, jika anda tidak mengatasi ketiga-tiga masalah diatas, jualan produk anda tak akan kemana-mana. Silap hari bulan, anda menanggung hutang pula akibat kos pemasaran yang kian meningkat.

Namun masalah-masalah diatas merupakan perkara remeh bagi Usahawan Internet yang berjaya kerana mereka mempunyai rahsia untuk mengatasinya.

 

Apakah rahsianya?

Sebenarnya rahsia kejayaan jutawan internet ini kerana mereka menggunakan Teknik Pemasaran Joint Venture (JV).

 

Apakah maksud sebenar teknik pemasaran ini?

Joint Venture atau JV ialah usahasama antara penjual produk dengan usahawan-usahawan internet yang berpengalaman (ada nama dan kredibiliti) untuk membantu memasarkan produk mereka. Sebagai balasan, si penjual produk akan memberikan komisen dan juga kelebihan-kelebihan lain kepada usahawan-usahawan internet yang berJV dengannya bagi setiap jualan produk.

Maksudnya disini, anda tidak perlu risau dan ‘pening kepala’ untuk mempromosikan produk anda kerana segala-galanya diuruskan oleh rakan-rakan JV yang pakar dan berpengalaman.

Ramai IM sering mengeluh, mengapa jemputan JV mereka selalu ditolak? Ini disebabkan mereka tak tahu teknik sebenar dalam pemasaran JV. Mungkin anda juga menghadapi masalah yang sama? Jika Ya! panduan ini memang diciptakan khas untuk anda. KLIK DISINI.

Share