Untuk menjalankan perniagaan Internet terdapat 2 peralatan penting yang diperlukan iaitu domain hosting dan sistem Autoresponder. Domain adalah alamat url laman web kita (contohnya www.hmetro.com.my) dan hosting adalah tempat menyimpan fail laman web kita. Sistem Autoresponder pula adalah satu sistem yang digunakan untuk mengumpul senarai email pelanggan dan mengurus segala aktiviti penghantaran email secara automatik kepada pelanggan yang telah mendaftar ke dalam sistem tersebut.
Maksudnya disini, dengan adanya domain dan hosting, kita dapat meletakkan laman web yang kita bina di Internet. Manakala, dengan adanya sistem Autoresponder, kita dapat mengumpul maklumat bakal pelanggan kita, seterusnya dengan maklumat tersebut ia memudahkan kita untuk memperkenalkan sesuatu produk kepada mereka dengan hanya satu klik!
Jadi, 2 peralatan keperluan ini sangat penting untuk menjalankan perniagaan Internet anda. Kalau 2 peralatan penting ini tiada, maksudnya perniagaan Internet yang anda jalankan berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan.
Pada masa ini, terdapat banyak syarikat domain hosting yang menawarkan pakej menarik, jika membeli melalui syarikat mereka tetapi kebanyakkannya tidak memberi keuntungan yang sewajarnya kepada perniagaan Internet anda. Maksud saya disini, kita hanya menggunakan domain dan hosting tersebut untuk membina laman web sahaja tanpa ia dapat memberi pendapatan tambahan kepada kita.
Contohnya, katakan anda membeli domain hosting untuk membina laman web bagi menjual produk anda. Jadi, pendapatan internet yang bakal anda diperolehi hanya melalui hasil penjualan produk anda melalui laman web tersebut. Kalau hasil penjualan banyak, banyaklah yang anda dapat. Kalau hasil penjualan sedikit, sedikitlah yang anda dapat.
Maksudnya disini, melalui domain hosting yang anda beli itu, ia hanya dapat memberi satu jenis cabang pendapatan sahaja kepada anda. Kalau hanya satu jenis cabang pendapatan yang boleh anda perolehi sahaja, sememangnya ia kurang berbaloi. Bagaimana, saya katakan terdapat satu syarikat domain hosting yang bukan sahaja dapat memberi satu jenis cabang pendapatan sahaja kepada anda, malah dua jenis cabang pendapatan.
Apa yang saya maksudkan adalah syarikat Domain Hosting GDI. GDI adalah syarikat domain hosting antarabangsa yang membolehkan anda menggunakan nama domain tersebut untuk membina laman web perniagaan Internet anda, malah ia juga menyediakan program affiliate yang dapat memberi pendapatan pasif (berulang) kepada anda sehingga 5 level kebawah, dengan hanya memperkenalkan syarikat mereka kepada orang lain.
Jadi, dengan menggunakan domain dan hosting daripada syarikat GDI, ia dapat memberi keuntungan 2 kali ganda kepada perniagaan Internet anda. Bak kata pepatah “Sambil Menyelam, Minum Air”.
Nota:
| Untuk mengunakan domain hosting GDI secara percuma, anda hanya perlu memperkenalkan syarikat mereka kepada 10 orang sahaja! |
Begitu juga dengan sistem Autoresponder, kita perlu mencari syarikat Autoresponder yang dapat memberi keuntungan yang sewajarnya kepada perniagaan Internet anda. Maksud saya disini, kita menggunakan sistem Autoresponder untuk perniagaan Internet kita, pada masa yang sama, ia dapat memberi pendapatan tambahan kepada kita.
Syarikat Autoresponder yang saya maksudkan adalah Trafficwave kerana ia menyediakan program affiliate sehingga ke 10-tier ke bawah. Pada masa anda mengunakan sistem Autoresponder Trafficwave untuk perniagaan Internet anda, pada masa yang sama ia dapat memberi pendapatan pasif (berulang) kepada anda.
Nota:
| Untuk menggunakan sistem Autoresponder TrafficWave secara percuma, anda hanya perlu mendapatkan 3 orang sahaja untuk melanggan sistem Autoresponder TrafficWave melalui link affiliate anda. |
Dengan mengabungkan program affiliate daripada 2 syarikat ini, ia mampu memberi pendapatan pasif (berulang) berkali ganda kepada anda.
